YA ALLAH...AKU TIDAK SEHEBAT NABI MU MUHAMMAD S.A.W, AKU TIDAK SEKUAT PARA-PARA SAHABAT, AKU TIDAK SETABAH AISYAH R.A LINDUNGILAH AKU YA ALLAH DARIPADA PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR, LINDUNGILAH AKU DARI BERBUAT DOSA PADA MU SETIAP HARI..PERLIHARALAH IMANKU, TINGKATKAN AMALANKU,KUATKAN SEMANGATKU UNTUK TERUS BERIBADAT KEPADAMU, BERILAH KEKUATAN UNTUK HAMBAMU INI YA ALLAH...AMIN...




Tuesday 19 April 2011

Umrah dan Gym

Salam.... catatan Kak Imani kali ini berkisarkan Umrah dan Gym. Alhamdulilallah, Kak Imani telah mendaftar untuk pergi  buat Umrah pada 31 Mei hingga 12 Jun. 12 Hari disana termasuk perjalanan pergi dan pulang. Doakan pemergian Kak Imani selamat pergi dan pulang yek! Kak Imani pergi dengan muasasah buat sendiri jek.. syarikat sendiri, pembawa sendiri..lagi bagus rasanya mcm tu.. lebih puas hati. Nak menanya ape2 pun mudah klau gtu.. Kos pakej Rm 5,800.00. Mak Kak Imani cakap mahal. Tp, Kak Imani dah survey dalam internet semua berkisah RM 5,900.00 hingga RM 6,000. Pakej cuti sekolah, mmg agak mahal. Sedangkan penerbangan domestik pun mahal time cuti sekolah.. Insyallah Kak Imani akan berada di Madinah 3 hari dan selebihnya di Mekah selama 10 hari.. Moga2 tercapai hajat Kak Imani untuk berdoa di multazam, bersolat hajat di Hijir Ismail..Amin... 

Gym... sebagai persediaan keberangkatan Kak Imani dan Suami ke Tanah Suci, Kak Imani tengah tranning utk berjalan sejauh yang mungkin dan latihan excersize di sebuah gym disekitar Temerloh.. Mula2 pergi, mmg rasa canggung. Sbb kita tak biasa guna alat dan latihan pun tidak diberikan. Iyelah, klau tak tahu boleh panggil traner dia.. tp, klau nk guna traner fulltime byr RM 250.00 sebulan..Fuuuuiiiihhhh... berpeluh jgk nk membayonye yek!.. Tp, takat ni Kak Imani walk in dulu bayar RM 10.00 dua jam.. itu pun den dah berpoluh dah... lenjut bak kata orang Perak dan Pahang..hihihi..Kak Imani baru mula Jumaat lalu dan Sabtu ajak En. Suami menemani.. gym tu petang2 ramai kaum2 ibu yg nk kurus.. Tp, Sabtu hari tu Kak Imani ajak En. Suami sebelah malam.. msk jam 8.30 blk kul 10.00. Kira ok lah klau kita pergi ke gym nie, dapat memotivasikan diri dengan melihat berapa jauh dah kita berjalan, berapa kalori dah kita bakar.. kira best la.. lps tu bdn rasa ringgan jek... minggu ini Kak Imani baru buat dkt rumah semalam.. guna cd jek.. hari ini sakit betul otot2 nie.. tp, dkt gym tak sakit sangat.. mungkin sbb dlm rumah kita tak guna kasut.. dekat gym guna kasut.. Okeylah.. bersambung lagi di lain catatan.. Ilalliqaq...


Wednesday 13 April 2011

Pudar Sudah Harapan...

Salam... catatan Kak Imani pada kali ini berkisar tiada rezeki... seperti yang telah diketahui Kak Imani sedang menunggu keputusan IUI yg Kak Imani jalankan pada 25 Mac tempoh hari.. Walaubagaimana pun, jawapannya tiada rezeki Kak Imani untuk bulan ini lagi.. Hampa?Kecewa? bohongla kalau Kak Imani tak hampa dan kecewa.. tapi, klau Kak Imani layankan sangat perasaan mau jadi stress dan stress itu pun tak elok untuk proses kesuburan.. Apa-apa pun sebelum ini memang Kak Imani dah planning nak buat umrah pada akhir Mei dan awal Jun. Dalam minggu cuti persekolahan.. Sebelum buat UIU lagi dah planning nak pergi. Bila tiba-tiba doktor suggest untuk buat UIU, Kak Imani tunggu dulu keputusan IUI baru plan nak register Umrah..Tapi, bila result IUI tak memihak pada Kak Imani maka Kak Imani terus register Umrah.. Untuk rawatan kesuburan, Kak Imani ambil keputusan untuk berhenti dahulu kerana klau teruskan, pendaftaran Umrah sudah dilakukan klau pregnant takkan nak batalkan.. Oleh yang demikian selepas ini Kak Imani akan concentrate bab Umrah dahulu balik dari itu Kak Imani mungkin akan sambung kembali.. Apa-apa pun harapan Kak Imani balik dari Umrah moga dimakbulkan Tuhan akan permintaan Kak Imani.. "Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon permudahkan urusanku, dan Kau permudahkan permintaanku di Tanah Suci.. hanya Kau yang tahu hambamu ini insan yang kerdil yang sering melakukan kesalahan.. Ampunilah dosaku dan perkenankan permohonanku Ya Allah.."

Wednesday 6 April 2011

Pengharaman Tarian Poco-Poco

Salam.. hari ini benar-benar rasa tercabar kerana telah berdebat dengan seorg hamba Allah berkenaan dengan hukum tarian poco-poco.. mungkin org anggap mudah dan enteng tentang perkara ini.. dari awal perlaksanaannya pun Kak Imani tak setuju kerana percampuran lelaki perempuan dan berlaku seperti menghadiri majlis tari menari.Orang kita nie pulak setelah sesuatu hukum ditetapkan taknak cuba mengkaji kenapa hukum tersebut dikeluarkan oleh majlis fatwa. Main nak menghentam sahaja.. Perkara yang haram dihalalkan, perkara yang halal diharamkan.. Okeylah Kak Imani taknak mengulas panjang-panjang bacalah sebahagian artikel yang Kak Imani ambil dan surat dari Jabatan Agama Islam Perak berkenaan dengan pengharaman tersebut..

"Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.”

Renung-renungkan dan fikir-fikirkan nak buat lagi atau tak..


Sunday 3 April 2011

Pregnant Test Digital dan Biasa

Salam...semalam Kak Imani pergi guardian nk beli beberapa barang.. tetiba Kak Imani ambil pregnant test.. sbb ade kwn ckp pregnant test nie ade beberapa jenis.. ade yg boleh detect even seminggu pun.. Kak Imani pun ambil pregnant test yg digital..tp, tak tahu la boleh guna skali test atau byk kali... seperti yg kita tahu yg biasa sekali guna jek..pastu buang..nk tny la klau2 kawan2 tahu tentang pregnant test digital... ilalliqaq...

Saturday 2 April 2011

IUI dan Pil Duphston

Salam....seperti yang dijanjikan Kak Imani akak bercerita mengenai IUI yg Kak Imani lakukan.. Kak Imani mula2 bukak fail dkt Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh drpd tahun lps lg dlm bln 4 camtu.. mula2 doktor isi borang2 utk kite amik darah bile hari ke2 period borang utk amik sperm suami, dn borang utk amik darah hari ke21.. pastu blk. Tetiba selang 2 hari pastu hospital telefon bagi tahu doktor nk jumpee..sbb Kak Imani pernah mkn ubt subur dlm 2cycle camtu..tp, tak teruskan sbb doktor tu tak frendly dn blur jek... tp, masa tu tak bersungguh2 sgt nk usaha sbb suami Kak Imani keje jauh.. Then, jumpe doktor dkt HOSHAS dia suruh mkn clomid 1bj dulu iaitu 50mg. So, klau period tambah lg 1biji.. sampai la 3biji kena amik Kak Imani jd tak sesuai over actif telur jadi besar sebelah sampai timbul2 urat dkt pinggang boleh rasa dgn tgn.. So, malas dh makan kiranyaa.. pastu bile ade temujanji, Kak Imani bagi tau ape problem Kak Imani kt doktor.. pastu doktor suruh Kak Imani amik 2 biji jek..klau ade problem datang hospital.. lupe Kak Imani nak cerita yang bila buat appoinment dgn doktor Norliza tu dia bg tarikh2 yg subur yg patut bersama dgn suami dn suruh turunkan berat badan...rasanya Kak Imani mkn nasi sekali sehari dah..ptg mkn mee ke, bihun ke ape ke.. gtu jek.. 

Sampai tahun ini 2011 dimulakan dengan x-ray tiub fallopio atau HSG. Sakitnya Ya Rabbi...rasa nk lari jek dr bilik x-ray tu sebab doktornya firstime buat, pastu elok2 juru x-ray datang, tiub nk mskkan dye tu cabut la pulak dari botol dye tu.. dah la ddk dlm bilik X-ray tu sejuk giler..kaki dah rasa lenguh mengangkang gtu... HSG nie ialah prosedur utk tgk tiub fallopio kite klau ade sumbat atau tidak..selain dari itu ia juga boleh menolak segala kekotoran atau pun ape2 yg membuatkan tiub kite tersumbat.. sesetengah tempat dia bagi kite makan pil tahan sakit. Dkt hospital nie takde...tp, bile dh buat tu jln pun perlahan jek mcm org pas bersalin..senak dan kencing berdarah sikit.. lps buat tu nurse akan pesan dgn kita jgn bersama dgn suami dalam seminggu nie, dan minum air byk2.. utk membuang kembali dye yg telah ditelatakkan dlm tiub kite.. tujuan memasukkan dye tu utk bile ambil x-ray, nampak la samaada normal atau tidak tiub kite..utk tiub Kak Imani adalah normal.. Alhamduliallah...bile nk tahu result tu, berdebar sgt..takut sumbat atau tak..sbb doktor pernah bagi tau haritu, klau tak rasa ape2 kemungkinan ade sumbat..tp, klau ade rasa mcm sakit kena cubit tu maknanya takde sumbat...

Kemudian lepas buat HSG doktor suruh Kak Imani continue makan clomid dan bersama dengan suami waktu subut...then selepas itu dia nak buat TVS sekali lagi..haritu Kak Imani pernah buat TVS sekali.. TVS ini ialah, scan untuk tengok kite nie ade telur atau tak dan berapa biji telur yang ada..mcm Kak Imani sebelah kiri dan kanan ade tp, doktor tak bagi tahu pulak berapa..Hari Selasa buat TVS, Khamis pagi dah buat cucuk utk mematangkan telur.. Jumaat cucuk IUI plak...so fast....mungkin minggu nie, minggu subur Kak Imani bile appoinment tepat padanya doktor terus saje buat...TQ Doktor Norliza.. beratus dan beribu2 orang nk buat treatment macam Kak Imani, rezeki Kak Imani dapat secepat begini... So, this is first time IUI doa dan harapan moga2 ianya berhasil Amin... Tp, bagi diri Kak Imani, badan nie rasa lemah2 aje..mungkin sebab hormon kite berkecamuk dalam badan nie..buat kerja banyak sikit cpt penat2..dh seminggu baru boleh nk memasak.. Kak Imani mmg jaga betul2 tny pengalaman kawan2 pun mmg kena byk2 rest..jangan lasak2 sgt...kerja rumah yang berat2 jangan buat...
Doktor ade bagi ubat Duphston untuk kuatkan rahim.. moga2 ianya berhasil...
Itu sahaja yang Kak Imani nk kongsikan, Ilalliqaq...