YA ALLAH...AKU TIDAK SEHEBAT NABI MU MUHAMMAD S.A.W, AKU TIDAK SEKUAT PARA-PARA SAHABAT, AKU TIDAK SETABAH AISYAH R.A LINDUNGILAH AKU YA ALLAH DARIPADA PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR, LINDUNGILAH AKU DARI BERBUAT DOSA PADA MU SETIAP HARI..PERLIHARALAH IMANKU, TINGKATKAN AMALANKU,KUATKAN SEMANGATKU UNTUK TERUS BERIBADAT KEPADAMU, BERILAH KEKUATAN UNTUK HAMBAMU INI YA ALLAH...AMIN...




Tuesday, 29 March 2011

Cuti Sakit Yang Benar2 Terlantar...

Salam semua...lama dah rasanya tak n3 story dlm blog.. Kak Imani benar2 terlantar selepas buat iui tempoh hari..bkn sbb symptom iui..nk jadikan cerita kena pula serangan batuk seperti n3 Kak Imani sebelum nie.. Ptg tu gagah jgk la pegi jumpe doktor klinik berbyr.. punya la rmai patient..sabo jek la w/pun bdn tak daya..sampai giliran Kak Imani, patut la lama dn lambat...Doktor vateran dn mmg slow giler..check bp pun sampai 3x dia pumpnye..hadoiiiii....sabo lg..pastu story la kt doktor yg Kak Imani baru pas buat proses IUI hari jumaat lps.. so, boleh ke nk mkn ubt nie..dia ckp panadol boleh, sy bg yg light jek..ubt batuk pun doktor bagi..antibiotik pun dia bg...tp, yg tu jek Kak Imani tak berani nk mkn...klau ubt yg lain2 tu pun klau dh benar2 sakit baru Kak Imani makan... klau boleh bertahan, bertahan la... nk jadikan cerita pg ahad tu Kak Imani kena serangan demam jam 4pg.. Adooiiiii Tuhan jek tahu pns dlm tak keluar ditambah batuk2 dn sakit2 bdn.. bila kita batukkan sakit2 tang perut kite, pinggang kite... Sampai la Isnin g klinik lain amik mc lg.. dpt la 2hari..mudah2han esok Kak Imani sembuh dn dpt pergi kerja... 

Esok, Kak Imani akak ceritakan lg pengalam IUI Kak Imani, sbb tak story lg buat treatment dkt mn.. Illaliqaq...

Friday, 25 March 2011

Doakan Usahaku Berjaya.. Amin...

Salam, tgh hari minggu ini Kak Imani nak berblog dalam situasi sakit2 selepas menjalani IUI. Alhamduliallah, walaupun sakit sikit namun kena jaga diri.. Seseorg tak sama rasa dan cara sakitnya.. Macam Kak Imani rasa senak dibahagian rahim.. Namun pagi ini alhamduliallah...beransur kuat tapi, tetiba pagi ini demam.. batuk dari mlm td dah.. Bagun pagi nie rasa tak segar badan.. tak tahu la effection pd IUI nie ke... nak makan ubat batuk pun takut jek, mn tau effect pada proses IUI ini.. Mcm yang Kak Imani cakap dari awal td, bergantung pada diri seseorg... jangan buat kerja berat2, jangan lasak2 sgt, jangan gatal2 nk berlari2 atau berjoging, jangan pergi swimming.. Selepas proses tersebut beberapa nasihat telah diberikan oleh Doktor. Dan Doktor juga telah memberikan Kak Imani makan pil Duphaston bagi menguatkan rahim Kak Imani.. Ubat tersebut akan diambil selama 20 hari sebanyak sebiji satu hari.. jika period Kak Imani lewat, Doktor suruh berhenti dan check menggunakan pregnant test klau mengandung atau tidak.. jika tidak, atau period, kemungkinan akan menjalankan semula proses IUI sekali lagi.. berserta Kak Imani kena makan ubat clomid.. So, dalam seminggu nie Kak Imani jadi "Raja" hihii...sebab kena "Berpantang".. 
Doakan kepada Kak Imani berjaya dalam menjalani proses IUI ini.. dan terbentuklah janin dalam kandungan Kak Imani... Amin...
Esok, insyallah Kak Imani akan update apakan pil Duphaston dan apakah kelebihannya..

Thursday, 24 March 2011

Pagi Yang Mendebarkan...

Alhamdulilallah....pagi tadi selesai proses cucuk menyucuk pada pinggang Kak Imani... Ia bertujuan mematangkan telur untuk proses IUI esok.. Harap esok tidak menyakitkan dan tidak ada sebarang tindak balas yang menyakitkan.. Cucuk tadi Kak Imani tak rasa sakit ape2, bila dah sampai sekolah, dah buat kerja skit2 mula rasa pening2,sakit2 tempat cucuk.. badan rasa lemah2 aje.. so, terpaksa Kak Imani amik half day.. Doakan untuk Kak Imani untuk esok Insyallah berjaya..

Tuesday, 22 March 2011

Harapan Kepada UIU Pula...

Salam...hari ini mula-mula tak tahu nak entri apa..Tp, pikir semula nk share pengalaman Kak Imani mengenai IUI.. Apa itu IUI? IUI bermaksud "Intra Uterine Insemination" atau dimana prosedur di mana sperma suami akan dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya berlaku kehamilah.. Kak Imani dipanggil untuk melakukan prosedur ini setelah hampir 5cycle Kak Imani cuba makan ubat kesuburan @ clomid. Mungkin dilain entri Kak Imani akan masukkan pengalaman dan kesan pengambilan clomid tersebut kerana setiap orang tak sama bergantung kesan keatas diri masing-masing..

Oklah berbalik pada IUI, bagaiman prosedure ini dilakukan? Semasa IUI, satu tiub berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Sperma boleh dikumpulkan dirumah atau dihospital.. Macam Kak Imani melakukan proses tersebut dihospital. Satu bilik akan disediakan untuk melakukan proses tersebut. Ini kerana rumah Kak Imani berjauhan dengan hospital, kerana untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke hospital 1/2 jan selepas enjakulasi berlaku.... Kak Imani bukan bercerita untuk mengaibkan pasangan Kak Imani.. hanya berkongsi pengalaman seperti Moto blog Kak Imani sendiri "Semua Boleh Share Pengalaman" . 


Melalut pulak Kak Imani hehehe... ok setelah itu sperma tersebut akan dicuci sebelum dimasukkan kedalam rahim. Ia bertujuan untuk memilih sperma yang berkualiti sahaja. Ia akan mengambil masa 1-2 jam untuk prosedur tersebut. 

Terlupa Kak Imani nak bagi tahu, sebelum proses tersebut Kak Imani akan disuntik ubat HCG bagi tujuan ovulasi berlaku. Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36jam selepas injeksi HCG. IUI dibuat 6jam sebelum ovulasi kerana sperma tidak akan bertahan lama. Insyallah, doakan untuk Kak Imani bagi kejayaan IUI ini.. nnt Kak Imani akan bercerita pengalaman samaada menyakitkan atau tidak... 


*Kredit untuk alamhamil


Monday, 21 March 2011

Permulaan Yang Mencabar

Dimulakan dengan bismillahhirrahmannirrahim........
Alhamdullilah kerana aku telah berjaya mencipta blog ini sebagai pelengkap kepada rakan2 blog yg lain, semoga kalian yang melayari blog ini akan sentiasa memberikan pendapat dan pandangan yang membina kepadaku sebagai pengguna baru. semoga hari esok lebih baik dari malam ini......