YA ALLAH...AKU TIDAK SEHEBAT NABI MU MUHAMMAD S.A.W, AKU TIDAK SEKUAT PARA-PARA SAHABAT, AKU TIDAK SETABAH AISYAH R.A LINDUNGILAH AKU YA ALLAH DARIPADA PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR, LINDUNGILAH AKU DARI BERBUAT DOSA PADA MU SETIAP HARI..PERLIHARALAH IMANKU, TINGKATKAN AMALANKU,KUATKAN SEMANGATKU UNTUK TERUS BERIBADAT KEPADAMU, BERILAH KEKUATAN UNTUK HAMBAMU INI YA ALLAH...AMIN...




Tuesday, 22 March 2011

Harapan Kepada UIU Pula...

Salam...hari ini mula-mula tak tahu nak entri apa..Tp, pikir semula nk share pengalaman Kak Imani mengenai IUI.. Apa itu IUI? IUI bermaksud "Intra Uterine Insemination" atau dimana prosedur di mana sperma suami akan dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya berlaku kehamilah.. Kak Imani dipanggil untuk melakukan prosedur ini setelah hampir 5cycle Kak Imani cuba makan ubat kesuburan @ clomid. Mungkin dilain entri Kak Imani akan masukkan pengalaman dan kesan pengambilan clomid tersebut kerana setiap orang tak sama bergantung kesan keatas diri masing-masing..

Oklah berbalik pada IUI, bagaiman prosedure ini dilakukan? Semasa IUI, satu tiub berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Sperma boleh dikumpulkan dirumah atau dihospital.. Macam Kak Imani melakukan proses tersebut dihospital. Satu bilik akan disediakan untuk melakukan proses tersebut. Ini kerana rumah Kak Imani berjauhan dengan hospital, kerana untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke hospital 1/2 jan selepas enjakulasi berlaku.... Kak Imani bukan bercerita untuk mengaibkan pasangan Kak Imani.. hanya berkongsi pengalaman seperti Moto blog Kak Imani sendiri "Semua Boleh Share Pengalaman" . 


Melalut pulak Kak Imani hehehe... ok setelah itu sperma tersebut akan dicuci sebelum dimasukkan kedalam rahim. Ia bertujuan untuk memilih sperma yang berkualiti sahaja. Ia akan mengambil masa 1-2 jam untuk prosedur tersebut. 

Terlupa Kak Imani nak bagi tahu, sebelum proses tersebut Kak Imani akan disuntik ubat HCG bagi tujuan ovulasi berlaku. Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36jam selepas injeksi HCG. IUI dibuat 6jam sebelum ovulasi kerana sperma tidak akan bertahan lama. Insyallah, doakan untuk Kak Imani bagi kejayaan IUI ini.. nnt Kak Imani akan bercerita pengalaman samaada menyakitkan atau tidak... 


*Kredit untuk alamhamil


No comments:

Post a Comment