YA ALLAH...AKU TIDAK SEHEBAT NABI MU MUHAMMAD S.A.W, AKU TIDAK SEKUAT PARA-PARA SAHABAT, AKU TIDAK SETABAH AISYAH R.A LINDUNGILAH AKU YA ALLAH DARIPADA PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR, LINDUNGILAH AKU DARI BERBUAT DOSA PADA MU SETIAP HARI..PERLIHARALAH IMANKU, TINGKATKAN AMALANKU,KUATKAN SEMANGATKU UNTUK TERUS BERIBADAT KEPADAMU, BERILAH KEKUATAN UNTUK HAMBAMU INI YA ALLAH...AMIN...




Wednesday, 13 April 2011

Pudar Sudah Harapan...

Salam... catatan Kak Imani pada kali ini berkisar tiada rezeki... seperti yang telah diketahui Kak Imani sedang menunggu keputusan IUI yg Kak Imani jalankan pada 25 Mac tempoh hari.. Walaubagaimana pun, jawapannya tiada rezeki Kak Imani untuk bulan ini lagi.. Hampa?Kecewa? bohongla kalau Kak Imani tak hampa dan kecewa.. tapi, klau Kak Imani layankan sangat perasaan mau jadi stress dan stress itu pun tak elok untuk proses kesuburan.. Apa-apa pun sebelum ini memang Kak Imani dah planning nak buat umrah pada akhir Mei dan awal Jun. Dalam minggu cuti persekolahan.. Sebelum buat UIU lagi dah planning nak pergi. Bila tiba-tiba doktor suggest untuk buat UIU, Kak Imani tunggu dulu keputusan IUI baru plan nak register Umrah..Tapi, bila result IUI tak memihak pada Kak Imani maka Kak Imani terus register Umrah.. Untuk rawatan kesuburan, Kak Imani ambil keputusan untuk berhenti dahulu kerana klau teruskan, pendaftaran Umrah sudah dilakukan klau pregnant takkan nak batalkan.. Oleh yang demikian selepas ini Kak Imani akan concentrate bab Umrah dahulu balik dari itu Kak Imani mungkin akan sambung kembali.. Apa-apa pun harapan Kak Imani balik dari Umrah moga dimakbulkan Tuhan akan permintaan Kak Imani.. "Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon permudahkan urusanku, dan Kau permudahkan permintaanku di Tanah Suci.. hanya Kau yang tahu hambamu ini insan yang kerdil yang sering melakukan kesalahan.. Ampunilah dosaku dan perkenankan permohonanku Ya Allah.."

No comments:

Post a Comment