Salam...rasa lama Kak Imani tak membuat catatan...sibuk dengan kerja sekolah pindah ke bangunan baru, dan persiapan Kak Imani Menuju Umrah Insyallah.... Seperti entri Kak Imaini sebelum ini Kak Imani akan pergi pada 31 Mei dan pulang 12 Jun. 12 Hari disana termasuk perjalanan pergi dan pulang.. Setakat ini persiapan Kak Imani dari segi fizikal dan mental dan persiapan barang-barang. Ape yang penting bagi Kak Imani sesiapa yg jarang-jarang buat exersize macam Kak Imani kenalah buat persiapan atlist sebulan sebelum berangkat ke tanah suci. Ini kerana apabila kita disana, kita akan terlibat dengan ibadah yang memerlukan banyak pergerakan seperti berjalan. Memang disana kita banyak berjalan dan bersolat. Nak pergi ke masjid pun berjalan kaki, dan juga melakukan umrah. Dengan mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dan saie 7 kali memerlukan tenaga yang banyak.. silap-silap dalam sehari kita boleh membakar 300 kalori sehari atau lebih.. Cakap pasal kalori nie, berbalik soal stamina dan excersize tadi. Kak Imani akan pergi ke gym seminggu 3 kali atau lebih dan berusaha berjalan sejauh 2km atas treadmill untuk membiasakan diri berjalan jauh. Manalah tahu kalau hotel yang Kak Imani menginap terletak jauh dari Masjid. Selain dari itu Kak Imani cuba membakar kalori dengan mengayuh basikal.. hampir sebulan perut buncit Kak Imani dah mengecil dan menyusut... terasa pipi pun dah tak sebulat.. kena berusaha lagi membakar kalori..
Persiapan lain untuk menunaikan umrah adalah membeli beberapa keperluan pakaian untuk mengerjakan umrah dan ubat-ubatan. Semasa Kak Imani pulang ke kampung Kak Imani di Ipoh, Kak Imani telah mengambil peluang membeli beberapa keperluan Umrah seperti membeli pakaian jubah seluar bagi memudahkan Kak Imani untuk mengerjakan Umrah, sarung lengan untuk menjaga aurat dan beberapa helai kain tudung. Balik dari kampung Kak Imani telah membeli kain ihram untuk suami Kak Imani dan beberapa keperluan lain seperti sarung kaki yang tebal. Sarung kaki yang biasa kita guna tu jarang, dan menampakkan aurat. Untuk mengerjakan Umrah nie, kita hanya gunakan sarung kaki untuk bersolat. Oleh yang demikian, hanya sarung kaki yang tebal dan tidak jarang sahaja yang boleh menjaga aurat kita.
Balik dari kampung Kak Imani telah pergi mendapatkan suntikan di Klinik Sulaiman untuk suntikan kesihatan bagi mengunjungi ke Tanah Suci. Memang prosedurnya begitu dan doktor kena mengesahkan yang kita telah menerima suntikan itu. Selepas itu Kak Imani telah membeli keperluan ubat-ubatan seperti ubat demam, selsema,batuk dan krim untuk bibir. Selain itu Kak Imani menambah krim untuk sakit otot dan losyen kaki merekah untuk suami Kak Imani..
Kursus Umrah telah bermula minggu lepas, dan penceramah daripada Ustaz Tabung Haji. Ustaz tersebut menerangkan perkara-perkara yang wajib atau rukun-rukum umrah. Dari segi praktikalnya masih belum lagi. Insyallah hari Ahad ini lagi sekali Kak Imani akan menghadirkan diri. Insyallah...Itu sahaja dari Kak Imani setakat ini.. Ilalliqaq....
No comments:
Post a Comment