YA ALLAH...AKU TIDAK SEHEBAT NABI MU MUHAMMAD S.A.W, AKU TIDAK SEKUAT PARA-PARA SAHABAT, AKU TIDAK SETABAH AISYAH R.A LINDUNGILAH AKU YA ALLAH DARIPADA PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR, LINDUNGILAH AKU DARI BERBUAT DOSA PADA MU SETIAP HARI..PERLIHARALAH IMANKU, TINGKATKAN AMALANKU,KUATKAN SEMANGATKU UNTUK TERUS BERIBADAT KEPADAMU, BERILAH KEKUATAN UNTUK HAMBAMU INI YA ALLAH...AMIN...




Friday 22 July 2011

PANGGILAN UMRAH [PART 5]

CUACA DIBUMI MADINAH

Cuaca disini tak sama dengan Mekkah. Di Madinah panasnya sama juga panas berangin tapi pada waktu malam lebih dingin sedikit.kepanasan disini membuatkan kita sampai tidak berpeluh,kerana bila peluh keluar terus kering begitu sahaja... Ditambah lagi tidur didalam bilik hotel yang beraircond. Panas disini membuatkan tekak Kak Imani rasa ketat diwaktu pagi dan mempunyai kahak yang banyak dan selsema pun bercampur darah sedikit. Ada yang hidung berdarah tetapi kering didalam,kalau dikorek pada waktu pagi semasa mandi,berketul-ketul darah beku keluar dari hidung.Tips untuk membiasakan badan daripada perubahan cuaca, di Madinah ini sekiranya musim panas, jangan mandi selalu. Sekurang-kurangnya mandi sekali sehari. Sekiranya ingin membasahkan badan, cukuplah sekadar mengelap badan dengan tuala.. Pengalaman Kak Imani apabila sampai di Madinah, kita sudah terbiasa mandi 2x sehari. Mulalah badan rasa nak demam dan selsema bertambah-tambah menjadi.. apabila suami Kak Imani memberitahu jangan mandi selalu ini kerana cuaca panas bertukar sejuk akan menambahkan lagi demam atau selsema bertambah teruk.. barulah Kak Imani faham mengapa kawan sebilik Kak Imani tu mandi 1x sehari..

WIDA’ RASULULALLAH


Hampir 4 hari berada dibumi madinah sempat jua Kak Imani pergi ke Raudhah dua kali, Pergi ke Masjid Quba dua kali, bersolat Jumaat di Masjid Nabawi dan membeli belah untuk dibawa pulang. Tibalah hari untuk berangkat ke Mekkah Al-Mukaramah. Sabtu pagi kami sudah bersiap-siap barang untuk berangkat ke Mekkah. Sebelum Zohor, kami mula mandi sunat ihram dan bagi kaum perempuan terus memakai pakaian ihram. Kak Imani bersolat Zohor berhampiran dengan jalan keluar ke Raudhah, berhampiran dengan Makam Nabi. Selepas bersolat Zohor,  solat sunat dan membaca doa wida’ Rasulullah. Hati Kak Imani waktu itu sayu, sedih tak dapat digambarkan untuk meninggalkan Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya bumi Madinah ini penuh dengan keamanan dan keberkatannya.


Syahdu rasanya apabila mengingatinya bilakah lagi aku akan kembali kesini menziarahi mu                 Ya Rasullulah..

Monday 18 July 2011

PANGGILAN UMRAH [PART 4]

ZIARAH DI MADINAH MUNAWARAH

Sepanjang berada di bumi Madinah selama 4hari 3mlm, Kak Imani berpeluang sekali sahaja mengikuti group ziarah. Group membawa kami pergi ziarah ke Masjid Quba’ iaitu masjid yang  pertama sekali dibina di Madinah dan dibina atas dasar takwa.solat 2 rakaat disini menyamai dengan 1 umrah. Kak Imani bersolat sunat tahiyyatul masjid dan solat sunat dhuha. Alhamdulillah rasa tenang berada didalam masjid tersebut dan merasakan seperti sama Masjid Nabawi ketenangan dan roh Rasullah ada didalamnya.. Bersolat hampir 10minit dan bergambar di luar masjid, ziarah kami diteruskan ke ladang kurma. Kak Imani hanya membeli coklat sahaja disitu dan bergambar disekitar ladang kurma. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Bukit Uhud. Melihat Bukit Uhud dari jauh, tanah disitu kemerah-merahan seperti darah syuhada’ terus mengalir walaupun kisah tersebut telah berlalu hampir beratus dan beribu tahun lamanya. Sampai di sini Kak Imani teringat dengan hadis Rasullullah, barang siapa yang solat jenazah akan mendapat 1 qiraat,dan barangsiapa yang menghantar jenazah ke kuburan akan mendapat 1 qiraat...1 qiraat itu bersamaan pahala sebesar bukit uhud.... Selepas itu kami hanya melalui beberapa masjid seperti masjid Saidina Ali, Bilal Bin Rabah, Masjid Qiblatain dan lain-lain yang Kak Imani hampir lupa.


Rakan-rakan bergambar dihadapan masjid Quba'


Bersama En. Suami bergambar di pohon tamar, 
gaye dh mcm org Arab pulak suami ku ini..

Dari jauh kelihatan tanah di bukit Uhud kemerah-merahan..darah para syuhada' 
membasahi tanah sehingga kehari ini.. Masyallah!


Cuaca panas tak terdaya untuk pergi kekaki bukit Uhud

Hari Keesokkannya, kami satu group pergi membeli buah kurma dikedai yang menjual kurma untuk tujuan mengeksport. Kami kesana menaiki van. Hampir 30minit kami membeli, kami pulang. Pada sebelah petangnya, selepas Asar Kak Imani dan kawan-kawan pergi ke Pasar Kurma hanya berjalan kaki dan pulang menaiki teksi. Di Pasar Kurma, kami hanya membeli kacang-kacang untuk dibawa pulang. Kak Imani mendapat harga 38Riyal untuk kacang ‘cerdik’ satu kilogram. Boleh la harga berbanding dengan harga musim haji mencecah 50riyal mahalnya! 

PANGGILAN UMRAH [PART 3]

MASJID NABAWI, MAKAM DAN RAUDHAH

Buat pertama kali bersolat Maghrib dan Isyak di Masjid Nabawi..Terasa macam Rasulullah ada disana..DiMasjid Nabawi bahagian perempuan diperiksa dengan rapi apabila kita masuk kedalam. Sebelum masuk ada jaga perempuan yang akan memeriksa beg kita. Sekiranya kita membawa beg, dia akan memeriksa beg kita.. handphone dan kamera tak boleh dibawa masuk.. Kak Imani pernah “terkena” kerana membawa telefon. Nasib baik ada seorang arab baik hati mengajar Kak Imani supaya menyorok dalam stokin selepas itu masuk ikut pintu yang lain.. Alhamduliallah...berjaya melepasinya...

Masa masuk di Masjid Nabawi terasa kagum dengan keindahan dalam masjid tersebut. Suasana tenang apabila bersolat dalamnya. Masjid Nabawi ini lapang dan selesa bersolat dibahagian perempuannya pun luas dan banyak tempat. Tetapi jika kita lewat kita boleh bersolat dibahagian hujung. Kebiasaanya tengah dan hadapan selalu penuh dahulu. Kak Imani sekiranya lewat, selalu bersolat dibahagian tepi kiri atau kanan. Ruangan solat di Masjid Nabawi diliputi aircond diseluruh ruangan solat bahagian dalam. Untuk bahagian luarnya tiadalah,cuma sekiranya hampir dengan pintu aircond masih lagi terasa. Mula-mula bersolat Kak Imani tak tahu suasana solat disini. Rupa-rupanya setiap kali selepas solat fardhu ada solat jenazah dan selepas itu barulah kita bersolat sunat. Apabila masuk hari kedua baru dapat ‘tune’ bersolat di Tanah Haram ini. 

Ziarah di Raudhah dan Makam Nabi Kak Imani memulakan pada hari kedua. Ziarah Raudhah dan Makam Nabi yang pertama dibawa oleh Ustazah dari Indonesia. Pada mulanya Kak Imani rasa takut dan berdebar tak tahu bagaimana suasana di Raudhah sebab tak dapat digambarkan.. Apabila ustazah itu bercerita mengenai sirah-sirah nabi dan apakah raudhah dan tiang-tiang terdapat didalamnya serta mimbar Rasulullah barulah rasa takut dan berdebar itu dapat dikurangkan...mengikut riwayatnya, mimbar itu datangnya dari turki dan cara datangnya adalah cukup unik yang mana ia datang melalui air laut....Wallahu a’lam....takut juga kalau tersalah fakta....satu lagi perkara yang menakjubkan kita,semua menda di raudhah ini termasuk catnya,bentuknya,mimbarnya utuh sejak dari zaman khulafa lagi....ini bermakna sudah hampir 1400 tahun yang lalu....cuba bayangkan lah,cat jenis apa yang boleh tahan begitu lama....itu lah keajaiban raudhah,yang mana dipelihara oleh Allah S.W.T kerana ia adalah taman-taman syurga di atasnya.....kawasan ini juga dikenali dengan rumah Rasullullah....

Sebelum itu Kak Imani ingin berkongsi cara-cara untuk masuk ke Raudhah dan Makam Nabi. Untuk kaum perempuan, Raudhah hanya dibuka selepas Subuh, Zohor dan Isyak. Sebelum masuk ke Raudhah dan ziarah makam Nabi, petugas masjid perempuan akan memegang sepanduk bahasa. Seperti Bahasa Melayu untuk Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei. Dan kebiasaanya petugas tersebut tahu serba sedikit bertutur dalam bahasa melayu. Seperti perkata “Ibu”, “Duduk Sini” itu sahaja slang yang kita biasa akan didengari dan menjadi ajukan kita apabila berada di Madinah..  Kebiasaanya untuk orang Asia ini kita akan menjadi kumpulan terakhir kerana ia memberi laluan pada Bangsa-bangsa arab atau yang berbadan besar. Orang-orang Asia ini bertubuh kecil takut apabila berada di Raudhah ia akan berebut sehingga orang berhimpit-himpit dan bertolak-tolak..

Pengalaman diRaudhah kali pertama Kak Imani pergi selepas solat Isyak. Pulang ke hotel untuk makan malam seterusnya turun semula dan pergi bersama Ustazah dari Indonesia yang sudah lama menetap disana.  Sesampainya Kak Imani di Raudhah, apabila memijak karpet berwarna hijau, Kak Imani terus bersolat dua rakaat solat taubat dan memohon taubat daripada Allah S.W.T. Diraudhah tersebut, mohonlah keampunan sebanyak yang mungkin kerana doa kita akan terus diangkat oleh Allah S.W.T. Begitu juga hajat kita permohonan kita untuk didunia dan akhirat.. Semasa kita bersolat, disujud yang akhir itu, kita berdoa didalam sujud selama mana yang boleh.. memohon taubat atas segala dosa-dosa besar yang Kak Imani telah lakukan dan dengan sendirinya air mata mengalir dan terus mengalir. Sesekali kering dan terus mengalir lagi.. tak tahu untuk digambarkan dan diceritakan bagaimana..Rebutlah peluang berdoa didalam sujud kerana semasa kita bersolat petugas-petugas masjid tidak akan menghalang untuk kita lama bersolat. Tetapi sekiranya kita duduk berdoa petugas ini akan menghalau kita menyuruh kita cepat menghabiskan doa. Oleh yang demikian ambillah kesempatan selama mana yang boleh dan mampu untuk berdoa dan memohon apa sahaja dari Allah S.W.T.  

Untuk solat yang pertama kali di Raudhah, mulai masuk jam 11.00mlm hingga selesai jam 1.00pg. Kak Imani bersolat tidak terlalu lama dan tidak mendapat kekhusyukan yang sepenuhnya kerana kesempatan yang ada tidak lama dan orang berpusu-pusu untuk masuk dan solat kerana waktu masjid hendak tutup tambah-tambah lagi pengalaman untuk merebut peluang itu tiada, maka dapat bersolat seterusnya ditambah lagi berdoa menghadap mimbar.

Untuk solat kali kedua Kak Imani pergi waktu selepas subuh. Mulai menunggu jam 6.30pg hingga selesai 8.00pg. Hampir 2jam menunggu untuk masuk kedalam. Setelah tahu bagaimana cara untuk masuk setelah mendapat gambaran yang pertama.Kak Imani pergi dengan rakan Kak Imani berdua sahaja. Alhamdulillah solatnya lebih khusyuk dan lebih lama walaupun pada mulanya kita dihimpit dan ditolak oleh bangsa-bangsa lain.

Bagi pengalaman Kak Imani kedua-dua waktu ini sama sahaja ramainya. Sebab di Raudhah ini tempatnya terhad, orangnya pula terlalu ramai.. Waktu selepas Isyak, mungkin kita akan berlarutan menunggu kumpulan-kumpulan lain masuk dahulu dan kumpulan Bahasa Melayu yang terakhir.. mungkin sehingga jam 1pg.. Bangsa-bangsa lain tidak terlalu ramai.
Waktu selepas subuh pula bagi orang Asia tidak terlulu ramai kerana kebanyakan group-group membuat ziarah selepas subuh. Tetapi bangsa-bangsa lain terlalu ramai sehingga kita terpaksa berhimpit-himpit dan bersesak di Raudhah.

Kedua-dua pengalaman Kak Imani ini bergantung kepada keadaan dan kesesakan di Raudhah itu sendiri. Solat hajat minta dipermudahkan masuk kedalam Raudhah dan dapat menziarahi makam Rasullullah,Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar...suami Kak Imani bercerita tentang rumah Saidina Ali Karamallahuwajhah....kaum Lelaki boleh solat sunat di situ berhampiran dengan raudhah ataupun di pintu masuk gate saidina Abu Bakar...mengikut ceritanya,ramai yang tidak tahu....yang tahu akan menggunakan waktu yang baik untuk solat sunat disitu....rumah saidina Ali ini satu-satunya rumah yang tiada pintu sampai ke hari kiamat.....pintunya sekarang telah masuk kedalam Masjid Nabawi dan masih tiada pintu dan di buat pintu yang lain untuk menjadikan pintu masjid....Kak Imani hanya mendengar suami bercerita kerana setiap kali dia hendak ke raudhah dan makam Rasullullah dia akan solat hajat disitu memohon untuk dipermudahkan masuk ke Raudhah.....

Ada satu lagi bahagian yang jarang diketahui orang atau tidak ambil berat tentang wujudnya tempat yang di panggil suffah....dimana kawasan ini Rasullullah duduk bersama sahabat dan orang mukmin sambil mengajar ilmu agama dan menyebarkan dakwah Islam....di bahagian ini biasanya orang ramai akan beriktikaf dan membaca Al-Quran sebanyak yan mungkin....di Madinah ini semua orang akan sentiasa berebut-rebut untuk mendapatkan syafaat Rasullullah....mengamalkan sunnah,dan setiap kali solat mereka akan menziarah makam Rasullullah....5 waktu sama dengan 5 kali ziarah makam Rasullullah....apa yang ajaibnya, apabila sampai sahaja ke makam Rasullullah,secara automatik air mata kita akan mengalir tanpa disedari....terasa ingin hidup bersama Rasullullah....berjuang bersama Rasullullah, dan masuk syurga bersama Rasullullah.....suasana disana seperti Rasullullah itu masih hidup....subhanallah....kalaulah kita di sini boleh merasa sebegitu....Ya Allah Ya TuhanKu....kau berilah aku syafaat mu...dan syafaat Rasul mu....Amin.....

Bergambar di perkarangan Masjid Nabawi

Thursday 14 July 2011

PANGGILAN UMRAH [PART 2]

01 Jun 2011

Jam 1.00pg kami check out dari hotel bersiap untuk berlepas jam 4.30pg..
Sampai di airport pada mulanya mengalami masalah sewaktu hendak check in. Prosedur di airport yang membuat kesukaran pada group untuk check in.. Kalau anda diberi pilihan jangan la transit di airport  Sri Langka, walaupun kita transit seketika.. tambah-tambah untuk group. Kakitangan bahagian tiket minta kita hadir seorang demi seorang dikaunter hendak tengok muka kita dan pasport... Melambatkan keadaan sedangkan kita group. Ya Allah permudahkan perjalanan kami menuju ke Tanah Suci untuk berjumpa dengan kekasih Mu dan mengerjakan ibadah umrah Amin....

Tepat jam 4.50 pagi flight meninggalkan airport Sri Langka bertolak ke Sharjah di mana ia dibawah negara UAE . Kami menaiki kapal terbang Saudi Arabia. Solat subuh dalam kapal terbang menghormati waktu.Ini lah pengalaman pertama aku bersolat dalam kapal terbang....terasa agungnya agama Islam yang mana memberatkan solat tapi tidak memaksa untuk bersolat dengan sempurna..... Dalam kapal terbang Kak Imani duduk bersebelahan dengan suami. Kami disajikan dengan makanan nasi arab dan kebab.. Kak Imani hanya makan kebab dan terus melelapkan mata menggantikan tidur..

Muka keletihan tak cukup tidur..

Suasana di Airport Sharja 

Sampai di Airport Sharjah jam 7.30pg waktu tempatan..Sharjah menggunakan matawang Dirham. Matawang disini lebih mahal berbanding dengan matawang Malaysia.. tukar RM 1 = 4 Dirham.. amat mahal.. pagi itu sahaja Kak Imani bersama suami dan teman-teman berbelanja 100 Dirham untuk minum pagi di airport.. majoriti rakan-rakan hanya minum.   Kak Imani memilih sandwich untuk sarapan pagi  ... malam sebelumnya tak berapa selera makan makanan di Sri Langka..  

Bertolak dari Sharjah ke Madinah jam 12.50tgh menaiki kapal terbang Saudi Arabia. Sajian dalam kapal terbang membangkitkan selera yang masih tidak dapat nasi hampir jam 1.00tgh. Kami makan nasi beriyani berlauk ayam serta sayur salad.. Alhamdulillah...kelaparan kami dibalas kekenyangan..rezeki dari Allah...

Sampai di Airport Madinah Al-Munawarah

Airport Madinah

Dalam bas airport

Hampir berbelas jam kami bangun dan hanya tidur dalam kapal terbang bermula bangun dari jam 1.00pg hingga akhirnya sampai di Madinah jam 4.00ptg. Kami tiba di Madinah hampir memasuki waktu asar...kami ditempatkan di hotel mubarak berdepan dengan hotel fairuz dan masjid nabawi...kelihatan para jemaah sibuk menggunakan lift untuk menunaikan solat asar.. lift kesemuanya sibuk untuk naik dan turun.. Kami hanya bersolat jamak takhir dibilik. Bilik hotel dimadinah amat selesa sekali.. terdapat ciri-ciri moden dan kemewahan.. Hotel kami dengan masjid Nabawi tidaklah sejauh mana, lebih kurang 5-8 minit dari hotel..  Maghrib nanti adalah solat yang pertama buat kami di Masjid Nabawi.. Ya Allah permudahkan urusan kami untuk berjumpa dengan Nabi Mu Amin...

Tuesday 12 July 2011

PANGGILAN UMRAH [PART 1]



Salam... Maaf kerana sudah lama tidak menulis sebarang catatan kesibukkan dan sedang menyiapkan travelog perjalanan... Insyallah...Kak Imani akan meletakkan catatan di blog. Doakan kesihatan Kak Imani semoga Kak Imani beroleh kesihatan yang baik...Amin...

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi di atas segala nikmat kurniaNya yang tidak terhingga sama ada yang Kak Imani ketahui mahupun yang tidak ketahui. Tahun ini Kak Imani dan suami mendapat jemputan umrah buat kali pertama menjejakkan kaki di tanah haram yang penuh seribu keberkatan dan kemuliaan.. Alhamdulillah...Subhanallah...

Setelah hampir sebulan menjalani Kursus Umrah dan mengetahui rukun umrah dan amalan-amalan yang perlu kita lakukan. Setiap kali kursus Kak Imani buat revision semula membaca daripada website dan blog-blog haji dan umrah dan tidak ketinggalan membaca buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, terima kasih buat Prof.Muhd Kamil Ibrahim atas kesudianya menghasilkan travelog haji yang serba sedikit boleh dijadikan panduan dalam mengerjakan umrah dan meniru atau dengan kata lain mengambil iktibar sedikit kegigihannya dalam melaksana amal ibadat yang wajid dan sunat serta kesungguhan dan kegigihannya dalam melakukan amal ibadat... Kak Imani sendiri yang masih muda awal 30an rasa tidak mampu melawan mata untuk bangun seawal yang mungkin bagi melaksanakan solat tahajud, taubat, tasbih, hajat dan witir... rasa diri Kak Imani begitu kerdil dalam melakukan amal ibadat sebagai persiapan untuk melakukan ibadat umrah ini... rasa terlalu banyak dosa terhadap Allah s.w.t, disamping kekurangan amal ibadat sebagai persiapan diri untuk mengadapnya...sepanjang kursus umrah,penceramah sentiasa menekankan supaya mulakan perjalanan umrah ini dengan perbanyakkan sembahyang taubat dan hajat,semoga dipermudahkan pergi,semasa ibadat disana dan perjalanan balik.... Ya Allah... Ampunilah dosa-dosa hambamu ini Ya Allah... terimalah taubatku..terimalah solatku...terimalah umrahku.... Amin....

30 Mei 2011

Maka bermulalah perjalanan Kak Imani dan suami dimana bermula solat Isyak dirumah terus dengan solat sunat musafir kemudian kami bersedia meninggalkan rumah... terasa sayu, sedih dan takut meniggalkan rumah pergi tak kembali... tapi, tak terasa cukupkah amalanku sekiranya ditakdirkan tuhan menarik nyawaku... Subhanallah...Masyallah....

Kak Imani dan suami terus kerumah mak mertua yang akan menghantar kami ke Masjid Batu Satu Temerloh kerana bas yang kami sewa akan mengambil kami disana... Alhamdulillah...tepat jam 10.30 mlm bas yang membawa kami tiba berhampiran masjid. Setelah bersalaman dengan ibubapa mertua, kami menaiki bas dengan penuh harapan supaya dapat selamat sampai untuk berjumpa dengan Rasullah S.A.W dan berkunjung ke rumah Allah yang selama ini menjadi kiblat kita selama ini, Masjidil Haram.. tepat jam 11.00mlm bas kami bergerak meninggalkan Temerloh..


Sempat bergambar sebelum menaiki bas

31 Mei 2011

Alhamdulillah....jam 2.00pg kami selamat tiba di LCCT, masih awal bagi kami.. sampai disana berkumpul seketika mengambil pasport, tag pada beg-beg dan tag nama.. sementara menunggu kami menjamu selera di Marrybrown kerana kami kelaparan tidak makan nasi sebelum berangkat.. perut kami sudah dipenuhi angin.. petang kelmarin kami hanya makan mee goreng yang dijamu oleh jiran sewaktu pergi kerumahnya untuk meninggalkan pesan meminta bantuannya menjaga rumah dan menyiram pokok bunga kami...usai makan kami masih berlegar-legar dalam kawasan LCCT, mencari tempat money changger dan pergi ke tandas.. sambil-sambil itu melihat gelagat orang ramai ada yang tidur dikaki lima sementara menunggu flight diawal pagi..kerusi dipenuhi oleh orang yang tidur disitu..kami hanya boleh duduk lantai dikaki lima sahaja..

Tepat jam 5.00pg kaunter kami telah dibuka untuk check in, maka kami beramai-ramai pergi untuk check in dikaunter.Bersama-sama kami dibawah G-Hard Group ada lebih kurang 5 kumpulan-kumpulan kecil seramai 43 orang semua. Sementara menunggu untuk menaiki kapal terbang, kami telah bersiap sedia dengan mengambil wuduk, apabila masuk sahaja waktu solat subuh, kami terus mengerjakan solat hanya dilantai tempat menunggu.. Kakitangan Air Asia menegur kami mengatakan surau hanya berhampiran, tetapi kerana takut ketinggalan kapal terbang, kami rela bersolat ditepi bahagian kerusi menunggu.. bukan kami sahaja yang berbuat begitu, terdapat beberapa group yang lain pun berbuat begitu..baru aku terasa bahawa islam itu terlalu mudah,dan wujudlah permandangan yang mengambarkan Islam itu agama terunggul.....Alhamdulillah...tepat selesai bersolat, gate untuk menaiki kapal terbang dibuka.. Allah memelihara solat ku dan mempermudahkan urusanku... Rabbi Yasir Walatuasir....


Menunggu untuk check in suasana sibuk walaupun jam 3.00pm

Sampai di international airport Sri Langka 7.15pg.. suasana airport Sri Langka sederhana besar, memberi kelesaan untuk kami.. di Sri Langka kami akan check in hotel yang bernama Euro star hotel, tidur sebentar dan membuat lawatan selepas zohor..

Sri Langka menggunakan matawang rupee. Dimana matawang mereka kecil daripada Ringgit Malaysia.. tukar RM 1 = 32Rupee. Orang-orang dekat sini kalau tahu kita dari Malaysia, berebut-rebut nak duit Malaysia. Mereka tahu duit kita lebih besar dari rupee mereka..Sampaikan budak hotel dan pencucuci tandas pun mintak duit kita.. Masyallah...

Di Sri Langka kami tidur di Euro Star Hotel. Hotel itu digelar 3 bintang.. Hihihi.. bagi kami hanya layak digelar hotel budget. Hotel pun hanya ada tangga, tiada lift. Terpaksa memikul beg-beg yang besar untuk naik ke bilik hotel... Digelar 3 bintang kerana mempunyai restoran,kolam renang dan bilik.. negaranya amat miskin... bawa kereta menakutkan orang sahaja.. asyik nak berlanggar sahaja shutter kami...tidak peraturan jalan raya yang betul....siapa dulu dia jalan....he he he....kalau aku yang bawak,comfirm tak lepas masuk simpang.....bunyi hon sana sini memekakkan telinga....kalau di Malaysia,kena hon mesti terjadi road bully punya...


Bergambar dihadapan hotel Sri Langka yg "digelar" hotel 3bintang!

 Jam 2.00 petang itu kami dibawa tour sekitar bandar Sri Langka, melawat beberapa tempat seperti kalambu city,iaitu bandar utama mereka dan Mall serta melihat tempat-tempat bersejarah seperti tugu-tugu dan akhir sekali ditepi pantai yan diberi nama goldface.Terasa menyesal pun ada, lebih baik duduk berehat sahaja dihotel mengumpul tenaga untuk ibadat.. tapi rasa rugi pula kerana tidak dapat melihat negara orang.. hampir jam 8.30mlm kami pulang ke hotel dalam keadaan keletihan tidak cukup tidur. Hanya tidur dalam kapal terbang dan bas sahaja..

Makan di Sri Langka ni semuanya pedas-pedas belaka.. nak makan kena berhati-hati..masakannya memang tak sama dengan mamak dekat Malaysia.. malam itu Kak Imani makan malam sedikit sahaja, perut kelaparan tapi lauk tidak menepati citarasa..lalu termati selera Kak Imani.. Ya Allah aku bukan mengkufuri nikmatmu Ya Allah, Ampunilah dosa hamba mu ini Ya Allah...


Polis Sri Langka yang sentiasa menjaga lalulintas

Wednesday 29 June 2011

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A,W

Salam... Hari ini merupakan hari yang wajar kita mengenangkan peristiwa Israk Mikraj Nabi menemui Allah S.W.T dan peristiwa merupakan penetapan waktu solat kita.. Alhamdulillah... 
Bersama ini ingin Kak Imani berkongsi catatan daripada blog Iban Muslim mengenai peristiwa hijrah baginda.. moga menjadi pengajaran dan tauladan buat diri kita dan melaksanakan perubahan bermula daripada bulan Rejab yang penuh keberkatan ini seterusnya ke bulan Ramadhan dan Syawal Insyallah...Hayatilah sejarah ini....



Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [Al-Isra: Ayat 1]


Sempena Bulan Rejab yang penuh keberkatan ini, saya cuba untuk memaparkan semula beberapa kisah penting yang berlaku pada peristiwa Isra' & Mikraj yang telah dilalui oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. Berikut beberapa catatan ringkas berkaitan peristiwa agung yang perlu kita imani sebagai seorang muslim;

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. terlebih dahulu melalui pembedahan dada, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati


Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

 
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Apabila tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu daripada Allah; 

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa a.s dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Antaranya :

i. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

ii. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

iii. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali (berulang-ulang). Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

iv. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

v. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

vi. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

vii. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
viii. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

ix. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghina) orang.

x. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang tersebut (namun terus dipaksa). Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

xi. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

xii. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

xiii. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah   S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu"LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”.Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LAA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM . Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib,
Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah)

Langit Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Langit Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Rabbul-Arbab - lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:


Allah S. W. T : Ya Muhammad. 

Rasulullah : Labbaika. 

Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 

Allah S. W. T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak akukurniakan kepada sesiapa sebelummu.Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah,sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

     
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). 

Wallahu’alam.


Sunday 29 May 2011

KEBERANGKATAN KE TANAH SUCI MEKAH MENGERJAKAN UMRAH

Salam, Kak Imani sibuk sedikit dalam beberapa minggu kerana membuat persediaan umrah dan beberapa aktiviti sekolah yang agak padat sebelum cuti persekolahan... Alhamdulillah dikala Kak Imani menulis ini membilang waktu dan jam untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah Al-Mukaramah dan Madinatul Munawarah...

Ya Allah betapa tak sabar rasanya nk menatap tempat-tempat suci yang sering kita dengar orang-orang bercerita dan membaca kisah-kisah sejarah didalam buku...Tak sabar rasanya seperti dah terdengar-dengar dan terpandang lambaian kaabah itu... Alhamdulillah...

"Labbaik Allahumakalabaik Labbaikala Syarikalakala Bait, Innalhamda Wani'mata Lakawalmud Lasyarikalah..."
Persediaan pakaian dan kelengkapan mengerajakan umrah sebenarnya tidak sukar.. Berikut adalah persediaan yang perlu kita hadapai sebelum mengerajakan ibadah umrah.

  1. Persediaan mental dan fizikal.. - Fizikal sihat daripada sebarang penyakit berjangkit dan kekuatan jasmani kerana kita disana memerlukan pergerakan yang terlalu banyak.. contohnya berjalan kaki pergi masjid dan melawat tempat-tempat bersejarah. 
  2. Membuat latihan fizikal - sekurang-kurangnya sebulan sebelum berangkat perlu ada latihan berjalan jauh, naik turun tangga atau bercucuk tanam..
  3. Persiapan ilmu pengetahuan dalam mengerjakan umrah atau haji- menghadiri kursus-kursus yang disediakan oleh pihak pakej atau tabung haji dan membaca buku-buku yang terdapat banyak dipasaran sekarang..
  4. Membuat simpanan belanja semasa mengerajakan ibadah- simpanan boleh dibuat mengikut kemampuan individu tersebut disamping tambang yang dikenakan duit simpanan ini bertujuan kemudahan kita untuk pergi mengerjakan umrah, membayar dam berbelanja sedikit, pergi ziarah ke tempat-tempat tertentu dan makan-minum..
  5. Membuat pemeriksaan kesihatan sekiranya perlu-bagi individu yang menghadapi penyakit yang agak serius seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, eloklah pergi berjumpa dengan doktor bagi mengetahui tahap kesiriusan penyakit kita.. 
  6. Amalkan memakan vitamin dan makanan tambahan - bagi mempersiapkan diri dari menghadapi sesuatu penyakit begitu serius. contoh vitamin C baik untuk mempersiapkan diri dari serangan deman yang begitu serius tambahan lagi cuaca disana agak panas. 
Keenam-enam perkara diatas merupakan persiapan basic yang perlu ada kepada individu bagi mengerjakan umrah atau haji. Walaubagaimanapun terdapat banyak lagi keperluan, bergantung atas kesesuaian individu..


Semoga Kak Imani dan suami dapat melaksanakan semua rukun-rukun umrah dan dapat manafaat kelebihan-kelebihan yang ada disana dan pulang membawa umrah yang mabrur Aminn....

Saturday 14 May 2011

Persiapan Menuju Umrah

Salam...rasa lama Kak Imani tak membuat catatan...sibuk dengan kerja sekolah pindah ke bangunan baru, dan persiapan Kak Imani Menuju Umrah Insyallah.... Seperti entri Kak Imaini sebelum ini Kak Imani akan pergi pada 31 Mei dan pulang 12 Jun. 12 Hari disana termasuk perjalanan pergi dan pulang.. Setakat ini persiapan Kak Imani dari segi fizikal dan mental dan persiapan barang-barang. Ape yang penting bagi Kak Imani sesiapa yg jarang-jarang buat exersize macam Kak Imani kenalah buat persiapan atlist sebulan sebelum berangkat ke tanah suci. Ini kerana apabila kita disana, kita akan terlibat dengan ibadah yang memerlukan banyak pergerakan seperti berjalan. Memang disana kita banyak berjalan dan bersolat. Nak pergi ke masjid pun berjalan kaki, dan juga melakukan umrah. Dengan mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dan saie 7 kali memerlukan tenaga yang  banyak.. silap-silap dalam sehari kita boleh membakar 300 kalori sehari atau lebih.. Cakap pasal kalori nie, berbalik soal stamina dan excersize tadi. Kak Imani akan pergi ke gym seminggu 3 kali atau lebih dan berusaha berjalan sejauh 2km atas treadmill untuk membiasakan diri berjalan jauh. Manalah tahu kalau hotel yang Kak Imani menginap terletak jauh dari Masjid. Selain dari itu Kak Imani cuba membakar kalori dengan mengayuh basikal.. hampir sebulan perut buncit Kak Imani dah mengecil dan menyusut... terasa pipi pun dah tak sebulat.. kena berusaha lagi membakar kalori..

Persiapan lain untuk menunaikan umrah adalah membeli beberapa keperluan pakaian untuk mengerjakan umrah dan ubat-ubatan. Semasa Kak Imani pulang ke kampung Kak Imani di Ipoh, Kak Imani telah mengambil peluang membeli beberapa keperluan Umrah seperti membeli pakaian jubah seluar bagi memudahkan Kak Imani untuk mengerjakan Umrah, sarung lengan untuk menjaga aurat dan beberapa helai kain tudung. Balik dari kampung Kak Imani telah membeli kain ihram untuk suami Kak Imani dan beberapa keperluan lain seperti sarung kaki yang tebal. Sarung kaki yang biasa kita guna tu jarang, dan menampakkan aurat. Untuk mengerjakan Umrah nie, kita hanya gunakan sarung kaki untuk bersolat. Oleh yang demikian, hanya sarung kaki yang tebal dan tidak jarang sahaja yang boleh menjaga aurat kita. 

Balik dari kampung Kak Imani telah pergi mendapatkan suntikan di Klinik Sulaiman untuk suntikan kesihatan bagi mengunjungi ke Tanah Suci. Memang prosedurnya begitu dan doktor kena mengesahkan yang kita telah menerima suntikan itu. Selepas itu Kak Imani telah membeli keperluan ubat-ubatan seperti ubat demam, selsema,batuk dan krim untuk bibir. Selain itu Kak Imani menambah krim untuk sakit otot dan losyen kaki merekah untuk suami   Kak Imani.. 

Kursus Umrah telah bermula minggu lepas, dan penceramah daripada Ustaz Tabung Haji. Ustaz tersebut menerangkan perkara-perkara yang wajib atau rukun-rukum umrah. Dari segi praktikalnya masih belum lagi. Insyallah hari Ahad ini lagi sekali Kak Imani akan menghadirkan diri. Insyallah...Itu sahaja dari Kak Imani setakat ini.. Ilalliqaq....