MASJID NABAWI, MAKAM DAN RAUDHAH
Buat pertama kali bersolat Maghrib dan Isyak di Masjid Nabawi..Terasa macam Rasulullah ada disana..DiMasjid Nabawi bahagian perempuan diperiksa dengan rapi apabila kita masuk kedalam. Sebelum masuk ada jaga perempuan yang akan memeriksa beg kita. Sekiranya kita membawa beg, dia akan memeriksa beg kita.. handphone dan kamera tak boleh dibawa masuk.. Kak Imani pernah “terkena” kerana membawa telefon. Nasib baik ada seorang arab baik hati mengajar Kak Imani supaya menyorok dalam stokin selepas itu masuk ikut pintu yang lain.. Alhamduliallah...berjaya melepasinya...
Masa masuk di Masjid Nabawi terasa kagum dengan keindahan dalam masjid tersebut. Suasana tenang apabila bersolat dalamnya. Masjid Nabawi ini lapang dan selesa bersolat dibahagian perempuannya pun luas dan banyak tempat. Tetapi jika kita lewat kita boleh bersolat dibahagian hujung. Kebiasaanya tengah dan hadapan selalu penuh dahulu. Kak Imani sekiranya lewat, selalu bersolat dibahagian tepi kiri atau kanan. Ruangan solat di Masjid Nabawi diliputi aircond diseluruh ruangan solat bahagian dalam. Untuk bahagian luarnya tiadalah,cuma sekiranya hampir dengan pintu aircond masih lagi terasa. Mula-mula bersolat Kak Imani tak tahu suasana solat disini. Rupa-rupanya setiap kali selepas solat fardhu ada solat jenazah dan selepas itu barulah kita bersolat sunat. Apabila masuk hari kedua baru dapat ‘tune’ bersolat di Tanah Haram ini.
Ziarah di Raudhah dan Makam Nabi Kak Imani memulakan pada hari kedua. Ziarah Raudhah dan Makam Nabi yang pertama dibawa oleh Ustazah dari Indonesia. Pada mulanya Kak Imani rasa takut dan berdebar tak tahu bagaimana suasana di Raudhah sebab tak dapat digambarkan.. Apabila ustazah itu bercerita mengenai sirah-sirah nabi dan apakah raudhah dan tiang-tiang terdapat didalamnya serta mimbar Rasulullah barulah rasa takut dan berdebar itu dapat dikurangkan...mengikut riwayatnya, mimbar itu datangnya dari turki dan cara datangnya adalah cukup unik yang mana ia datang melalui air laut....Wallahu a’lam....takut juga kalau tersalah fakta....satu lagi perkara yang menakjubkan kita,semua menda di raudhah ini termasuk catnya,bentuknya,mimbarnya utuh sejak dari zaman khulafa lagi....ini bermakna sudah hampir 1400 tahun yang lalu....cuba bayangkan lah,cat jenis apa yang boleh tahan begitu lama....itu lah keajaiban raudhah,yang mana dipelihara oleh Allah S.W.T kerana ia adalah taman-taman syurga di atasnya.....kawasan ini juga dikenali dengan rumah Rasullullah....
Sebelum itu Kak Imani ingin berkongsi cara-cara untuk masuk ke Raudhah dan Makam Nabi. Untuk kaum perempuan, Raudhah hanya dibuka selepas Subuh, Zohor dan Isyak. Sebelum masuk ke Raudhah dan ziarah makam Nabi, petugas masjid perempuan akan memegang sepanduk bahasa. Seperti Bahasa Melayu untuk Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei. Dan kebiasaanya petugas tersebut tahu serba sedikit bertutur dalam bahasa melayu. Seperti perkata “Ibu”, “Duduk Sini” itu sahaja slang yang kita biasa akan didengari dan menjadi ajukan kita apabila berada di Madinah.. Kebiasaanya untuk orang Asia ini kita akan menjadi kumpulan terakhir kerana ia memberi laluan pada Bangsa-bangsa arab atau yang berbadan besar. Orang-orang Asia ini bertubuh kecil takut apabila berada di Raudhah ia akan berebut sehingga orang berhimpit-himpit dan bertolak-tolak..
Pengalaman diRaudhah kali pertama Kak Imani pergi selepas solat Isyak. Pulang ke hotel untuk makan malam seterusnya turun semula dan pergi bersama Ustazah dari Indonesia yang sudah lama menetap disana. Sesampainya Kak Imani di Raudhah, apabila memijak karpet berwarna hijau, Kak Imani terus bersolat dua rakaat solat taubat dan memohon taubat daripada Allah S.W.T. Diraudhah tersebut, mohonlah keampunan sebanyak yang mungkin kerana doa kita akan terus diangkat oleh Allah S.W.T. Begitu juga hajat kita permohonan kita untuk didunia dan akhirat.. Semasa kita bersolat, disujud yang akhir itu, kita berdoa didalam sujud selama mana yang boleh.. memohon taubat atas segala dosa-dosa besar yang Kak Imani telah lakukan dan dengan sendirinya air mata mengalir dan terus mengalir. Sesekali kering dan terus mengalir lagi.. tak tahu untuk digambarkan dan diceritakan bagaimana..Rebutlah peluang berdoa didalam sujud kerana semasa kita bersolat petugas-petugas masjid tidak akan menghalang untuk kita lama bersolat. Tetapi sekiranya kita duduk berdoa petugas ini akan menghalau kita menyuruh kita cepat menghabiskan doa. Oleh yang demikian ambillah kesempatan selama mana yang boleh dan mampu untuk berdoa dan memohon apa sahaja dari Allah S.W.T.
Untuk solat yang pertama kali di Raudhah, mulai masuk jam 11.00mlm hingga selesai jam 1.00pg. Kak Imani bersolat tidak terlalu lama dan tidak mendapat kekhusyukan yang sepenuhnya kerana kesempatan yang ada tidak lama dan orang berpusu-pusu untuk masuk dan solat kerana waktu masjid hendak tutup tambah-tambah lagi pengalaman untuk merebut peluang itu tiada, maka dapat bersolat seterusnya ditambah lagi berdoa menghadap mimbar.
Untuk solat kali kedua Kak Imani pergi waktu selepas subuh. Mulai menunggu jam 6.30pg hingga selesai 8.00pg. Hampir 2jam menunggu untuk masuk kedalam. Setelah tahu bagaimana cara untuk masuk setelah mendapat gambaran yang pertama.Kak Imani pergi dengan rakan Kak Imani berdua sahaja. Alhamdulillah solatnya lebih khusyuk dan lebih lama walaupun pada mulanya kita dihimpit dan ditolak oleh bangsa-bangsa lain.
Bagi pengalaman Kak Imani kedua-dua waktu ini sama sahaja ramainya. Sebab di Raudhah ini tempatnya terhad, orangnya pula terlalu ramai.. Waktu selepas Isyak, mungkin kita akan berlarutan menunggu kumpulan-kumpulan lain masuk dahulu dan kumpulan Bahasa Melayu yang terakhir.. mungkin sehingga jam 1pg.. Bangsa-bangsa lain tidak terlalu ramai.
Waktu selepas subuh pula bagi orang Asia tidak terlulu ramai kerana kebanyakan group-group membuat ziarah selepas subuh. Tetapi bangsa-bangsa lain terlalu ramai sehingga kita terpaksa berhimpit-himpit dan bersesak di Raudhah.
Kedua-dua pengalaman Kak Imani ini bergantung kepada keadaan dan kesesakan di Raudhah itu sendiri. Solat hajat minta dipermudahkan masuk kedalam Raudhah dan dapat menziarahi makam Rasullullah,Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar...suami Kak Imani bercerita tentang rumah Saidina Ali Karamallahuwajhah....kaum Lelaki boleh solat sunat di situ berhampiran dengan raudhah ataupun di pintu masuk gate saidina Abu Bakar...mengikut ceritanya,ramai yang tidak tahu....yang tahu akan menggunakan waktu yang baik untuk solat sunat disitu....rumah saidina Ali ini satu-satunya rumah yang tiada pintu sampai ke hari kiamat.....pintunya sekarang telah masuk kedalam Masjid Nabawi dan masih tiada pintu dan di buat pintu yang lain untuk menjadikan pintu masjid....Kak Imani hanya mendengar suami bercerita kerana setiap kali dia hendak ke raudhah dan makam Rasullullah dia akan solat hajat disitu memohon untuk dipermudahkan masuk ke Raudhah.....
Ada satu lagi bahagian yang jarang diketahui orang atau tidak ambil berat tentang wujudnya tempat yang di panggil suffah....dimana kawasan ini Rasullullah duduk bersama sahabat dan orang mukmin sambil mengajar ilmu agama dan menyebarkan dakwah Islam....di bahagian ini biasanya orang ramai akan beriktikaf dan membaca Al-Quran sebanyak yan mungkin....di Madinah ini semua orang akan sentiasa berebut-rebut untuk mendapatkan syafaat Rasullullah....mengamalkan sunnah,dan setiap kali solat mereka akan menziarah makam Rasullullah....5 waktu sama dengan 5 kali ziarah makam Rasullullah....apa yang ajaibnya, apabila sampai sahaja ke makam Rasullullah,secara automatik air mata kita akan mengalir tanpa disedari....terasa ingin hidup bersama Rasullullah....berjuang bersama Rasullullah, dan masuk syurga bersama Rasullullah.....suasana disana seperti Rasullullah itu masih hidup....subhanallah....kalaulah kita di sini boleh merasa sebegitu....Ya Allah Ya TuhanKu....kau berilah aku syafaat mu...dan syafaat Rasul mu....Amin.....
Bergambar di perkarangan Masjid Nabawi