ZIARAH DI MADINAH MUNAWARAH
Sepanjang berada di bumi Madinah selama 4hari 3mlm, Kak Imani berpeluang sekali sahaja mengikuti group ziarah. Group membawa kami pergi ziarah ke Masjid Quba’ iaitu masjid yang pertama sekali dibina di Madinah dan dibina atas dasar takwa.solat 2 rakaat disini menyamai dengan 1 umrah. Kak Imani bersolat sunat tahiyyatul masjid dan solat sunat dhuha. Alhamdulillah rasa tenang berada didalam masjid tersebut dan merasakan seperti sama Masjid Nabawi ketenangan dan roh Rasullah ada didalamnya.. Bersolat hampir 10minit dan bergambar di luar masjid, ziarah kami diteruskan ke ladang kurma. Kak Imani hanya membeli coklat sahaja disitu dan bergambar disekitar ladang kurma. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Bukit Uhud. Melihat Bukit Uhud dari jauh, tanah disitu kemerah-merahan seperti darah syuhada’ terus mengalir walaupun kisah tersebut telah berlalu hampir beratus dan beribu tahun lamanya. Sampai di sini Kak Imani teringat dengan hadis Rasullullah, barang siapa yang solat jenazah akan mendapat 1 qiraat,dan barangsiapa yang menghantar jenazah ke kuburan akan mendapat 1 qiraat...1 qiraat itu bersamaan pahala sebesar bukit uhud.... Selepas itu kami hanya melalui beberapa masjid seperti masjid Saidina Ali, Bilal Bin Rabah, Masjid Qiblatain dan lain-lain yang Kak Imani hampir lupa.
Rakan-rakan bergambar dihadapan masjid Quba'
Bersama En. Suami bergambar di pohon tamar,
gaye dh mcm org Arab pulak suami ku ini..
Dari jauh kelihatan tanah di bukit Uhud kemerah-merahan..darah para syuhada'
membasahi tanah sehingga kehari ini.. Masyallah!
Cuaca panas tak terdaya untuk pergi kekaki bukit Uhud
Hari Keesokkannya, kami satu group pergi membeli buah kurma dikedai yang menjual kurma untuk tujuan mengeksport. Kami kesana menaiki van. Hampir 30minit kami membeli, kami pulang. Pada sebelah petangnya, selepas Asar Kak Imani dan kawan-kawan pergi ke Pasar Kurma hanya berjalan kaki dan pulang menaiki teksi. Di Pasar Kurma, kami hanya membeli kacang-kacang untuk dibawa pulang. Kak Imani mendapat harga 38Riyal untuk kacang ‘cerdik’ satu kilogram. Boleh la harga berbanding dengan harga musim haji mencecah 50riyal mahalnya!
No comments:
Post a Comment