YA ALLAH...AKU TIDAK SEHEBAT NABI MU MUHAMMAD S.A.W, AKU TIDAK SEKUAT PARA-PARA SAHABAT, AKU TIDAK SETABAH AISYAH R.A LINDUNGILAH AKU YA ALLAH DARIPADA PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR, LINDUNGILAH AKU DARI BERBUAT DOSA PADA MU SETIAP HARI..PERLIHARALAH IMANKU, TINGKATKAN AMALANKU,KUATKAN SEMANGATKU UNTUK TERUS BERIBADAT KEPADAMU, BERILAH KEKUATAN UNTUK HAMBAMU INI YA ALLAH...AMIN...




Tuesday, 12 July 2011

PANGGILAN UMRAH [PART 1]



Salam... Maaf kerana sudah lama tidak menulis sebarang catatan kesibukkan dan sedang menyiapkan travelog perjalanan... Insyallah...Kak Imani akan meletakkan catatan di blog. Doakan kesihatan Kak Imani semoga Kak Imani beroleh kesihatan yang baik...Amin...

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi di atas segala nikmat kurniaNya yang tidak terhingga sama ada yang Kak Imani ketahui mahupun yang tidak ketahui. Tahun ini Kak Imani dan suami mendapat jemputan umrah buat kali pertama menjejakkan kaki di tanah haram yang penuh seribu keberkatan dan kemuliaan.. Alhamdulillah...Subhanallah...

Setelah hampir sebulan menjalani Kursus Umrah dan mengetahui rukun umrah dan amalan-amalan yang perlu kita lakukan. Setiap kali kursus Kak Imani buat revision semula membaca daripada website dan blog-blog haji dan umrah dan tidak ketinggalan membaca buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, terima kasih buat Prof.Muhd Kamil Ibrahim atas kesudianya menghasilkan travelog haji yang serba sedikit boleh dijadikan panduan dalam mengerjakan umrah dan meniru atau dengan kata lain mengambil iktibar sedikit kegigihannya dalam melaksana amal ibadat yang wajid dan sunat serta kesungguhan dan kegigihannya dalam melakukan amal ibadat... Kak Imani sendiri yang masih muda awal 30an rasa tidak mampu melawan mata untuk bangun seawal yang mungkin bagi melaksanakan solat tahajud, taubat, tasbih, hajat dan witir... rasa diri Kak Imani begitu kerdil dalam melakukan amal ibadat sebagai persiapan untuk melakukan ibadat umrah ini... rasa terlalu banyak dosa terhadap Allah s.w.t, disamping kekurangan amal ibadat sebagai persiapan diri untuk mengadapnya...sepanjang kursus umrah,penceramah sentiasa menekankan supaya mulakan perjalanan umrah ini dengan perbanyakkan sembahyang taubat dan hajat,semoga dipermudahkan pergi,semasa ibadat disana dan perjalanan balik.... Ya Allah... Ampunilah dosa-dosa hambamu ini Ya Allah... terimalah taubatku..terimalah solatku...terimalah umrahku.... Amin....

30 Mei 2011

Maka bermulalah perjalanan Kak Imani dan suami dimana bermula solat Isyak dirumah terus dengan solat sunat musafir kemudian kami bersedia meninggalkan rumah... terasa sayu, sedih dan takut meniggalkan rumah pergi tak kembali... tapi, tak terasa cukupkah amalanku sekiranya ditakdirkan tuhan menarik nyawaku... Subhanallah...Masyallah....

Kak Imani dan suami terus kerumah mak mertua yang akan menghantar kami ke Masjid Batu Satu Temerloh kerana bas yang kami sewa akan mengambil kami disana... Alhamdulillah...tepat jam 10.30 mlm bas yang membawa kami tiba berhampiran masjid. Setelah bersalaman dengan ibubapa mertua, kami menaiki bas dengan penuh harapan supaya dapat selamat sampai untuk berjumpa dengan Rasullah S.A.W dan berkunjung ke rumah Allah yang selama ini menjadi kiblat kita selama ini, Masjidil Haram.. tepat jam 11.00mlm bas kami bergerak meninggalkan Temerloh..


Sempat bergambar sebelum menaiki bas

31 Mei 2011

Alhamdulillah....jam 2.00pg kami selamat tiba di LCCT, masih awal bagi kami.. sampai disana berkumpul seketika mengambil pasport, tag pada beg-beg dan tag nama.. sementara menunggu kami menjamu selera di Marrybrown kerana kami kelaparan tidak makan nasi sebelum berangkat.. perut kami sudah dipenuhi angin.. petang kelmarin kami hanya makan mee goreng yang dijamu oleh jiran sewaktu pergi kerumahnya untuk meninggalkan pesan meminta bantuannya menjaga rumah dan menyiram pokok bunga kami...usai makan kami masih berlegar-legar dalam kawasan LCCT, mencari tempat money changger dan pergi ke tandas.. sambil-sambil itu melihat gelagat orang ramai ada yang tidur dikaki lima sementara menunggu flight diawal pagi..kerusi dipenuhi oleh orang yang tidur disitu..kami hanya boleh duduk lantai dikaki lima sahaja..

Tepat jam 5.00pg kaunter kami telah dibuka untuk check in, maka kami beramai-ramai pergi untuk check in dikaunter.Bersama-sama kami dibawah G-Hard Group ada lebih kurang 5 kumpulan-kumpulan kecil seramai 43 orang semua. Sementara menunggu untuk menaiki kapal terbang, kami telah bersiap sedia dengan mengambil wuduk, apabila masuk sahaja waktu solat subuh, kami terus mengerjakan solat hanya dilantai tempat menunggu.. Kakitangan Air Asia menegur kami mengatakan surau hanya berhampiran, tetapi kerana takut ketinggalan kapal terbang, kami rela bersolat ditepi bahagian kerusi menunggu.. bukan kami sahaja yang berbuat begitu, terdapat beberapa group yang lain pun berbuat begitu..baru aku terasa bahawa islam itu terlalu mudah,dan wujudlah permandangan yang mengambarkan Islam itu agama terunggul.....Alhamdulillah...tepat selesai bersolat, gate untuk menaiki kapal terbang dibuka.. Allah memelihara solat ku dan mempermudahkan urusanku... Rabbi Yasir Walatuasir....


Menunggu untuk check in suasana sibuk walaupun jam 3.00pm

Sampai di international airport Sri Langka 7.15pg.. suasana airport Sri Langka sederhana besar, memberi kelesaan untuk kami.. di Sri Langka kami akan check in hotel yang bernama Euro star hotel, tidur sebentar dan membuat lawatan selepas zohor..

Sri Langka menggunakan matawang rupee. Dimana matawang mereka kecil daripada Ringgit Malaysia.. tukar RM 1 = 32Rupee. Orang-orang dekat sini kalau tahu kita dari Malaysia, berebut-rebut nak duit Malaysia. Mereka tahu duit kita lebih besar dari rupee mereka..Sampaikan budak hotel dan pencucuci tandas pun mintak duit kita.. Masyallah...

Di Sri Langka kami tidur di Euro Star Hotel. Hotel itu digelar 3 bintang.. Hihihi.. bagi kami hanya layak digelar hotel budget. Hotel pun hanya ada tangga, tiada lift. Terpaksa memikul beg-beg yang besar untuk naik ke bilik hotel... Digelar 3 bintang kerana mempunyai restoran,kolam renang dan bilik.. negaranya amat miskin... bawa kereta menakutkan orang sahaja.. asyik nak berlanggar sahaja shutter kami...tidak peraturan jalan raya yang betul....siapa dulu dia jalan....he he he....kalau aku yang bawak,comfirm tak lepas masuk simpang.....bunyi hon sana sini memekakkan telinga....kalau di Malaysia,kena hon mesti terjadi road bully punya...


Bergambar dihadapan hotel Sri Langka yg "digelar" hotel 3bintang!

 Jam 2.00 petang itu kami dibawa tour sekitar bandar Sri Langka, melawat beberapa tempat seperti kalambu city,iaitu bandar utama mereka dan Mall serta melihat tempat-tempat bersejarah seperti tugu-tugu dan akhir sekali ditepi pantai yan diberi nama goldface.Terasa menyesal pun ada, lebih baik duduk berehat sahaja dihotel mengumpul tenaga untuk ibadat.. tapi rasa rugi pula kerana tidak dapat melihat negara orang.. hampir jam 8.30mlm kami pulang ke hotel dalam keadaan keletihan tidak cukup tidur. Hanya tidur dalam kapal terbang dan bas sahaja..

Makan di Sri Langka ni semuanya pedas-pedas belaka.. nak makan kena berhati-hati..masakannya memang tak sama dengan mamak dekat Malaysia.. malam itu Kak Imani makan malam sedikit sahaja, perut kelaparan tapi lauk tidak menepati citarasa..lalu termati selera Kak Imani.. Ya Allah aku bukan mengkufuri nikmatmu Ya Allah, Ampunilah dosa hamba mu ini Ya Allah...


Polis Sri Langka yang sentiasa menjaga lalulintas

No comments:

Post a Comment