01 Jun 2011
Jam 1.00pg kami check out dari hotel bersiap untuk berlepas jam 4.30pg..
Sampai di airport pada mulanya mengalami masalah sewaktu hendak check in. Prosedur di airport yang membuat kesukaran pada group untuk check in.. Kalau anda diberi pilihan jangan la transit di airport Sri Langka, walaupun kita transit seketika.. tambah-tambah untuk group. Kakitangan bahagian tiket minta kita hadir seorang demi seorang dikaunter hendak tengok muka kita dan pasport... Melambatkan keadaan sedangkan kita group. Ya Allah permudahkan perjalanan kami menuju ke Tanah Suci untuk berjumpa dengan kekasih Mu dan mengerjakan ibadah umrah Amin....
Tepat jam 4.50 pagi flight meninggalkan airport Sri Langka bertolak ke Sharjah di mana ia dibawah negara UAE . Kami menaiki kapal terbang Saudi Arabia. Solat subuh dalam kapal terbang menghormati waktu.Ini lah pengalaman pertama aku bersolat dalam kapal terbang....terasa agungnya agama Islam yang mana memberatkan solat tapi tidak memaksa untuk bersolat dengan sempurna..... Dalam kapal terbang Kak Imani duduk bersebelahan dengan suami. Kami disajikan dengan makanan nasi arab dan kebab.. Kak Imani hanya makan kebab dan terus melelapkan mata menggantikan tidur..
Muka keletihan tak cukup tidur..
Suasana di Airport Sharja
Sampai di Airport Sharjah jam 7.30pg waktu tempatan..Sharjah menggunakan matawang Dirham. Matawang disini lebih mahal berbanding dengan matawang Malaysia.. tukar RM 1 = 4 Dirham.. amat mahal.. pagi itu sahaja Kak Imani bersama suami dan teman-teman berbelanja 100 Dirham untuk minum pagi di airport.. majoriti rakan-rakan hanya minum. Kak Imani memilih sandwich untuk sarapan pagi ... malam sebelumnya tak berapa selera makan makanan di Sri Langka..
Bertolak dari Sharjah ke Madinah jam 12.50tgh menaiki kapal terbang Saudi Arabia. Sajian dalam kapal terbang membangkitkan selera yang masih tidak dapat nasi hampir jam 1.00tgh. Kami makan nasi beriyani berlauk ayam serta sayur salad.. Alhamdulillah...kelaparan kami dibalas kekenyangan..rezeki dari Allah...
Sampai di Airport Madinah Al-Munawarah
Airport Madinah
Dalam bas airport
Hampir berbelas jam kami bangun dan hanya tidur dalam kapal terbang bermula bangun dari jam 1.00pg hingga akhirnya sampai di Madinah jam 4.00ptg. Kami tiba di Madinah hampir memasuki waktu asar...kami ditempatkan di hotel mubarak berdepan dengan hotel fairuz dan masjid nabawi...kelihatan para jemaah sibuk menggunakan lift untuk menunaikan solat asar.. lift kesemuanya sibuk untuk naik dan turun.. Kami hanya bersolat jamak takhir dibilik. Bilik hotel dimadinah amat selesa sekali.. terdapat ciri-ciri moden dan kemewahan.. Hotel kami dengan masjid Nabawi tidaklah sejauh mana, lebih kurang 5-8 minit dari hotel.. Maghrib nanti adalah solat yang pertama buat kami di Masjid Nabawi.. Ya Allah permudahkan urusan kami untuk berjumpa dengan Nabi Mu Amin...
No comments:
Post a Comment